Monday, February 8, 2010

Kalau Anda Fikir Hanjen Dah Tak DE, Fikirkan Kembali.....

Assalamualaikum... Monday Blues~~~

ok, errmm, aku dah janji tak nak cte sal hanjen kan?? tapi ni berita terbaru.. kena cte jugak.. hehehehe.. jgn marah k...?

cerita macam ni, selama beberapa minggu ni, pada pikiran aku, hanjen sume dah tak de.. dah kena tembak ngan pihak penguatkuasa.. aku gembira. aku boleh berjalan2 dan menari dengan riang.. (sila bayangkan..)

erm, untuk memfitkan badan, aku dan laney,(rumate aku) cuba melakukan aktiviti riadah.. target: waktu malam, sebab kurang angin, tak hujan, dan sejuk.. tak panas..

semasa melakukan acara regangan, mata aku terpaku pada 1 figure yang bergerak.. macam kenal, dan penah lihat, tapi dimana ya? iyer, itu la HANJEN.. seekor hanjen yang sederhana besar, dan hitam,..tidak hensem.. kami takut. (aku yang takut..) hanjen itu berjalan, dan berhenti di satu sudut dengan memandang kearah kami yang sedang melakukan aksi2 regangan..

tiba2, seorang sister datang, dan dengan berani halau hanjen tu.. dia cakap macam ni, "shhoh!! shhohh!! shhooh!! beberapa kali.. hanjen tu pun berlalu.. mungkin hampa sebab niat asal untuk melihat aku dan rumate beriadah dihalang. sister itu sangat garang dan berani.. tahniah..! mungkin patriot garang pon kalah.. heheheheh...

kami pon terus mulakan aktivity riadah kami dengan riang..

moral of the story: JIKA ANDA RASA HANJEN SUDAH TIDAK ADA LAGI, ANDA SILAP.....

Sunday, February 7, 2010

Akibat Tak Guna Signal...



~Gambar Ihsan Google~


Assalamualaikum...

sekarang ni, boleh dikatakan setiap petang hujan.. start pukul 4pm tu, dah mula la hujan.. sejam jugak la lebat.. aku suka je hujan, tak de la anti pon.. tu rahmat kot hujan,, kalo tak hujan, panas nanti..

bila hujan, jalan jadi licin.. bila licin, senang nak berlaku accident...

tapi sebenarnya, bukan salah hujan atau jalan licin yang sebabkan accident.. salah orang yang bawak kenderaan.. tak kiralah kereta atau pun moto..

satu je salahnya, bila TAK GUNA SIGNAL dengan betul.. maksud betul disini, kalo nak membelok, pasang signal dengan kalo dah habis membelok, tutup balik signal..

yang mmg aku marah kalo selalunya kereta2 la.. nama je kereta mahal, tapi tak guna signal.. "oi!! ko beli kereta tak bayar lampu signal ke...?"

bahaya tau!!.. semalam, kawan aku accident.. sebab jalan licin, dan kereta himpit dia dan menyebabkan dia jatuh.. seluar koyak, lutut pun koyak.. huhuh.. kesian.. tu dah berapa ribu duit hantaran kena potong?? kui3..

tu la, sape yang membaca blog aku ni, kalo korang seorang pemandu kereta, use ur signal wisely, please.. im begging... bahaya la weh.. kesian la dekat orang yang bawak moto nih...

ps: aku pernah rasa perit jatuh moto.. tak accident dengan sape2 pon.. bawak laju, terlanggar bonggol kat uia.. wakakakakka... rasanya??? sedap ooooooo... sekarang aku bawak 20km/j..(leh caye..? sile jangan..)

Saturday, February 6, 2010

Tell Me Something I dont Know...

cerita ini tak de kena mengena antara yang hidup atau mati....



ME : hey!! nice dress...

SHE : yeah, i know.. tell me something i dont know..

ME : errrr, its torn by the way.. at the back..

SHE : OOO, EEMMM, GEEE!!!


pernah tak korang berhadapan dengan orang yang berlagak??? mesti pernah kan??? tak best kan??? cam nyampah kan...?

moral of the story, kalo kita nyampah orang berlagak dengan kita, kita jangan berlagak ngan orang.. simple!!!.. ngeee...

bye...

Wednesday, February 3, 2010

Kahwin atau Cerai...?



salam....

dah masuk Februari pun kan?? orang cakap, february ni bulan cinta.. iye ke?? ntah.. tak rasa plak...

tadi pegi hantar file orang mintak hak jaga anak... tak susah nak siapkan file ni.. tapi sebab aku ni amatur lagi, jadi agak lambat la sikit.. nak belek sana sini.. nak cantikkan file lagi.. haru la jugak.. benda dah siap lama dah.. last2 tido pukul 4pagi lebih.. (tambah tido lambat sebab ader gangguan.. haisshhh,mmg susah tido kat bilik orang ni..)

bukan nak cerita susahnya siapkan file, tapi nak cerita hal realiti tentang kes tu.. kes melibatkan hak penjagaan anak dan nafkah anak-anak..

bila sebelum kahwin, macam-macam seronoknya.. seronok pegi tengok wayang bersama, makan bersama, celebrate yang happy2 bersama,. (sumpah aku tak pernah celebrate birthday dengan boifren.. sebab belum sampai tarikh birthday, dah clash.. hahahah)tapi, pernah tak terfikir tentang masa depan...?

lepas hantar file tadi, duduk bersembang dengan kak sham..( Dr. Shamrahayu..) cepat sangat rasanya masa berjalan. macam2 nak dikongsikan.. itu pun rasa tak habis.. :P

banyak yang kak sham pesan.. antaranya, kehidupan selepas kahwin ni, tak seindah yang dijangka.. 5 tahun awal perkahwinan mmg excited.. seronok tak kira..tambah2 bila dapat anak sulung..

beberapa tahun lepas tu, kita akan melalui stage mencabar.. time ni la nak tgk tahap kesabaran kita.. time tu, tak semua dah stabil.. anak-anak kecik, nak bangun tengah malam, dengan nak siap kan itu ini.. macam-macam.. sebab tu, kalo kita tgk, banyak kes yang libatkan muda-muda lagi dah beranak cerai..

tapi, bila semua dah stabil, keadaan akan jadi elok balik.. time ni, kita akan merasai kembali keseronokan macam baru kahwin dulu...

mengikut pendapat mak aku, banyak kes perceraian berlaku bila kedua-dua pihak ni ego.. sepatutnya, perlu ada sifat sabar yang tinggi dalam diri.. (mak aku dah macam loyer syari'e plak.. heheheh)

*asal aku cakap sal cintan tetibe ni..? -bukan, aku cakap pasal kes tadi kan, kan kan??

ps: tahniah untuk beberapa orang kawan yang dah selamat bertunang..khususnya UNA... nyummy... dapat makan nasik minyak nanti.. yea yea..!!!

Monday, February 1, 2010

Bukan Senang Nak Puaskan Hati Banyak Pihak

Back to school!!! lepas cuti seminggu.. before cuti, tak sabar nak balik umah, dah habis cuti, malas nak balik hostel.. ngeee...

masa kat umah, sibuk siapkan CV.. dalam pada tu, mula la terpikir2 aktiviti ape lagi yang pernah aku buat eh?? tetibe teringat 1 benda ni.. dekat matrik dulu.. ceritanya macam ni..

dulu, aku adalah antara kira macam MPP la dekat matric.. tapi tak panggil MPP.. panggil lain.. (UIA kan english..) pastu, aku dalam biro entrepreneurship.. antara program terbesar yang aku handle ialah The Apprentice..

program ni datang dari idea orang2 hebat dalam berbisnes.. head aku, (errr aku tak ingat nama.. hahah), zaki (budak econs) n hamis, (budak engine tapi otak bisness..) kami interview budak2 yang nak masuk jadi peserta.. lepas tu, budak laki bertiga ni sanggup keluarkan modal sendiri bagi dekat peserta2 ni.. budak2 ni kena menjual dalam masa 3 hari kot.. dalam masa diorang menjual ni, semua cafe tutup. so, budak2 ni diberi masa untuk berniaga dn sediakan makanan.. peserta ni la, bukan budak bertiga yang keluarkan modal ni..

yang aku nak cte, bukan sal program tu.. (kalo nak cte sal program tu, seminggu tulis pun tak habis.. pengalaman macam2..)

yang aku nak cakap, since ni program pertama yang dibuat macam ni, kami agak mendapat macam2 bantahan.. bantahan bukan dari pihak atasan, tapi dari salah seorang budak ni.. budak ni sebenarnya tak de kena mengena pon dalam program ni.. tapi dia ni sibuk je bercakap.. kata tak patut la, itu la, ini la.. libatkan duit banyak la.. ntah hape2.. yang aku geram, banyak komen.. kalo nak komen, bagi la dengan cadangan.. aku tak kisah kalao nak komen, tapi bagi la dengan cadangan.. barula namanya, komen memberansangkan..lagi pun, bukan guna duit dia pon..

tu satu hal, lain cerita macam, kita bloggers ni.. kadang2, ader jugak orang tak suka, kan?? sampai ader yang nak tutup blog sebab kata2 orang.. erm, bagi aku senang, korang tak nak baca, tak suka baca, tok sah bukak blog.. jangan kutuk.. except la macam kes si aduka tu.. as long as kita tak kutuk orang, kita pun tak harap orang kutuk kita, kan?? untuk kawan2 bloggers yang kena kutuk tu, sabar k??? maybe dari ambil langkah tutup blog, korang boleh buat blog jadi private..

kesimpulannya, susahkan nak puaskan hati orang??? ('',)

Friday, January 29, 2010

Tidak!!!.. Jangan Jadi Lagi Sekali..



pernah tak dalam hidup korang, sesuatu benda ni terjadi, dan korang tak nak jadi lagi??

contoh:

(1) kahwin.. korang nak kawen sekali je la.. nak2 pulak, kalo korang perempuan, pastu, mesti korang tak bagi husband kawin lagi sekali kan??

(2) excident.. korang pernah excident n tau yang korang mmg tak nak excident lagi sekali..

*beberapa contoh munasabah*

----------------

dalam pikiran aku sekarang, ader 1 benda yang aku tak nak ia berlaku lagi sekali.. benda ni melibatkan dalam 4 tahun lepas.. time aku dekat matrik lagi...

aku tak nak ia jadi balik.. luka tu susah nak sembuh.. amek masa untuk aku lupa dan maafkan.. 2-2 pihak salah.. oh, sebenarnya 3 pihak.. ketiga2 pihak salah,. aku tak nak jadi balik benda tu..



B.E.T.R.A.Y??? mungkin.. ntah,..

Thursday, January 28, 2010

Dari Na O Mei, ke Halimah Jongang..

kihkihkih.... asal entry aku sejak 2 menjak ni tak berilmu je?? kuikuikui.. layan kan aje eh?? nanti dah balik UIA, aku tulis yang berilmu2 sikit, k??

mmg la dok umah mengasikkan.. aku asyik tgk TV je.. bukan ape, kalau dekat UIA, jgn harap la.. TV mmg disediakan., siap ader estro lagi.. tapi, memang aku style tak biasa ke bilik tV, except kalo menunggu baju siap basuh dekat laundry.. itu pun kalo basuh baju guna mesin la.. kalo tak,, tak jugak..




aku sekarang ni tepat pukul 6.30 je mesti menempek dengan mak aku tgk Na o Mei.. best jugak eh cerita ni.. setakat ni, ok la.. aku suka la tengok.. bagus jugak si puteri sarah ni berlakon..kesian tengok dia.. tapi ader gak beberapa part yang mak aku kata cite ni tak logik.. abaikan.. tu rahsia antara kami 2 je.. hahahhaa... kan mak kan..?




lagi 1, aku suka tgk Halimah Jongang.. sian jugak kat si sheera ni.. tapi bagus la dia berlakon.. tapi mak dia pon kena pakai gigi jugak kan?? part mak dia berlakon, mak dia macam tak pandai sikit nak bercakap guna gigi palsu tu.. ke sape yang tengok, korang perasan tak??

cte halimah ni kan, ader jugak pengajaran.. especially untuk lelaki la.. kita tgk la nanti..bila dia dah cantik, baru la nak dekat si halimah ni... nape eh, lelaki suka yang cantik aje???

apa2 pon, ader jugak la cerita malaysia berkuality yang boleh diterima pakai.. tapi ader jugak yang hampeh.. kadang2 tertanya2 jugak, macam ne la cite macam ni leh masuk TV.. kan?? tapi yela, kita tak pernah buat cerita drama.. ntah2 kita buat lagi teruk dari tu..kan??

ps: oleh kerana aku asek tgk tv, nasib baik mak aku tak cakap, "ada tido aje la dengan remote control tu.. gaahahahha"

ps2: tengah menyiapkan resume mintak keje.. melahirkan resume terbaEEEEKKKK....
~sengal

Blogger template 'Orchid' by Ourblogtemplates.com 2008